Langkah mula memang sukar. Tetapi, jika tidak berani melangkah, kita tidak akan tahu di mana potensi diri kita.

Menjadi seorang booktuber bukan sahaja memerlukan kata-kata, bercerita di hadapan kamera, tetapi ada perkara lain yang perlu diambil kira.


Di program santai ilmu anjuran Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL), dengan kerjasama Persatuan Booktube Malaysia (BooktubeMY), kita terokai dunia Hana Norisa sebagai salah seorang booktuber.


Ikuti pengalaman beliau dan gunakan ilmu yang dikongsikannya untuk anda mencuba potensi diri di hadapan kamera. Berkongsi sesuatu yang bermanfaat untuk dunia.

langsung @ santai ilmu tanpa sempadan: santai seni @ jalan tar

Hana Norisa, seorang pengulas buku yang meminati genre misteri, fantasi dan romantik. Kebiasaannya, buku dalam genre ini agak tebal demi menghasilkan jalan cerita yang menarik dan tersusun. Namun begitu, adakalanya buku yang tebal memberi dua persepsi kepada pembaca dan bakal pembaca. Lewah atau padat info? Dan adakah lewah menjadi satu isu pada sesebuah buku?

Berminat untuk tahu lebih lanjut tentang booktuber dan tajuk ini? Mari, sama-sama kita ikuti sesi siaran langsung di Facebook Booktube Malaysia.

Jumpa di sana!

Booktuber minggu ini: @iamhananorisa

Ikuti media sosial rasmi

Facebook: Booktube Malaysia

Instagram: @booktubemy

YouTube: Booktube Malaysia

#booktubemalaysia #malaysianbooktuber #booktube #booktuber #malaysian #malaysia

langsung @booktube malaysia #18