senarai koleksi karya seorang hana norisa

a couple walking down a path with cherry blossoms. this is he cover for novel pasti ada kamu.
a couple walking down a path with cherry blossoms. this is he cover for novel pasti ada kamu.

YASMIN HUMAIRA, menutup pintu hati untuk mempercayai dan mencintai setelah cintanya bersambut dengan pengkhianatan. Dia mengajar dirinya menjadi sedingin ais bila melibatkan percaya dan cinta. Anehnya, dia merupakan seorang editor novel cinta.

"Kenal tak menjadi tiket untuk aku percayakan dia.” - Yasmi

NOAH KANG, memilih untuk kembali ke Malaysia setelah hatinya dikecewakan. Sakit hatinya membuatkan dia tidak berani mengangkat pena walaupun dia sangat suka menulis. Menulis pernah menjadi escapism untuk dirinya.

“Tiada tapi. Berhenti gunakan saya sebagai inspirasi. Saya harap ini adalah karya terakhir yang awak gunakan saya sebagai inspirasi. Jangan ada lagi seperti ni. Saya tak suka dan saya bencikannya.” - Iseul

Meminta bantuan dari orang yang dikenali, bukanlah sikap yang ada pada Yasmin, apatah lagi dari orang asing. Insiden yang berlaku membuatkan dia terpaksa menyambut huluran pertolongan yang ditawarkan Noah.

Yasmin enggan membenarkan hatinya untuk mempercayai. Penolakan Yasmin untuk mempercayai membuatkan Noah sedar akan kesilapannya.

Mampukah kebaikan Noah mengembalikan rasa percaya dalam diri Yasmin untuk mula mencintai? Mampukah Noah mengangkat pena untuk kembali menulis semata-mata kerana Yasmin?

new icon
new icon

pasti ada kamu - terbitan 2023

a poster for sehelai kain berwarna-warni. sebuah kompilasi anekdot sekolah penulisan ramadan.
a poster for sehelai kain berwarna-warni. sebuah kompilasi anekdot sekolah penulisan ramadan.

Mantera "Tulis, Jangan Takut-takut!" membawa hasil kepada penerbitan ini.

Perjalanannya jauh namun berbaloi. Para penulis mendukung usaha ini dengan jiwa. Mereka juga memotivasikan kami agar dapat melakukan percubaan ini. Para penulis antologi memiliki modal dalam diri yang sangat penting untuk mana-mana penulis bertahan iaitu modal sabar dan bersangka baik.

Dengan adanya modal jiwa, mereka dapat menangguhkan kepuasan dan memperkuat akal agar dapat bekerja dengan lebih baik. Ketika mereka bersendiri berhadapan skrin dan kertas, mereka berdegil, melawan keraguan dan ketakutan terhadap kalam sendiri dan mula menulis bagi mencipta makna hidup. Usahanya biar sedikit asalkan menjadi.

Himpunan anekdot daripada alumni Sekolah Penulisan Ramadan 2020 dikumpulkan dalam sebuah buku untuk bacaan bersama.

sehelai kain berwarna-warni - terbitan 2023

a book cover of the book with eiffel tower
a book cover of the book with eiffel tower

Kata orang tak kenal maka tak cinta. Begitulah kisahnya dengan Rihan, si gadis campuran Melayu dan Perancis yang telah bertunang tanpa pernah berjumpa dengan pasangannya, Hazriq. Neneknya siap suruh dia kembali ke Malaysia untuk membuatkan mereka bertemu atas nama urusan syarikat.

“Kenal dia dulu. He can be as sweet as candy you know!”

Rihan bukannya tidak mahu memberi peluang kepada Hazriq, tapi rasa bersalahnya kerana meninggalkan Haiqarl tanpa berita masih menghantui. Namun, kenapa setiap kali dia mendekati Hazriq, dia terasa seperti dekat dengan Haiqarl?

“Macam mana awak nak tahu, kalau awak tak nak kenal saya?”

Sampai sahaja Malaysia, Rihan diburu. Sekumpulan lelaki botak telah bertindak menangkapnya dan mencederakan Hazriq. Rihan keliru. Tanpa Rihan sedari, dia diburu kerana wajahnya mirip seseorang.

Siapa orang yang mengejarnya itu? Kenapa kejar dirinya? Kenapa mereka menggelarkan Rihan dengan nama Ara? Apa yang berlaku sebenarnya? Siapa Ara? Apa kaitan Ara dengan Rihan? Dan siapa Hazriq? Perwatakannya, cara senyumannya, pandangannya semuanya mirip Haiqarl.

cik kembar encik tunang - terbitan 2016

a woman's hand holding a camera, music sheet and roses and piano
a woman's hand holding a camera, music sheet and roses and piano

Iryani, gadis buta yang diambil Tengku Azimudin menjadi cucu angkatnya. Sebagai cucu angkat Tengku Azimudin, Iryani harus mempersiap diri untuk mengambil alih IZ Holdings dan sebagai balasan, dia akan mendapat bantuan untuk celik semula.

“Dia akan tinggal dekat sini mulai hari ni. Hak dia, sama macam hak cucu-cucu aku yang lain. Dia berhak dan bebas buat apa sahaja yang dia mahu dekat vila ni.”

Tengku Elman, tidak sukakan Iryani. Padanya, Iryani seorang yang cengeng. Dia benci kepada gadis seperti itu. Malah berita pertunangan antara dirinya dengan Iryani menambahkan lagi sakit di hati.

“Kalau dah tahu diri tu buta, janganlah menggatal merayap. Tak pasal-pasal habis semua benda kau langgar kat rumah ni. Apa kau ingat barang-barang kat rumah ni murah semuanya? Mati hidup semula pun tak terbayar tau.

Sikap Tengku Elman yang sentiasa mencari salahnya membuatkan Iryani dirundung pilu. Namun begitu, kerana satu peristiwa, bantuan Iryani diperlukan Tengku Elman

“Atuk tak kisah apa yang kamu nak buat asalkan Iryani maafkan kamu. Atuk nak mulai hari ini kamu berbaik dengan Iryani. Kalau tak, semua harta kamu atuk sekat!”

Dan dalam diam, hati Iryani berdetak bila berhadapan dengan Tengku Elman namun kata-kata Azlina membuatkan Iryani mulai sedar, tak mungkin ada dia di hati jejaka itu. Kemunculan Shafique dan Azlina menyulitkan kisah mereka. Shafique mahu memiliki Iryani, Azlina mahukan Tengku Elman.

Pelbagai rancangan mereka rancangkan untuk pisahkan Iryani dan Tengku Elman namun berjayakah mereka? Tengku Elman pula, dapatkah dia mengenal pasti perasaannya menggunakan hatinya yang telah buta itu? Apakah cinta dapat mencelikkan hatinya itu atau terus gelap dengan dendam

versi cinta kita - terbitan 2015