white and black floral pendant lamp

Kenangan yang Tak Pernah Betul Betul Hilang

Review buku The Lantern of Lost Memories, sebuah kisah tentang kenangan, kehilangan, dan hubungan yang tidak selalu kita fahami.

CATATAN BACAAN

Hana Norisa

4/22/20262 min read

📖 The Lantern of Lost Memories — Review

Saya baru sahaja habiskan The Lantern of Lost Memories karya Sanaka Hiiragi,
dan sejujurnya… buku ini rasa sangat tenang, tapi dalam masa yang sama, menyentuh hati saya. Lama saya terdiam, dan termenung selepas tamatkan bacaan. 

Apa yang saya paling suka adalah cara penulis susun cerita.

Timeline novel ni tidak linear.
Setiap kisah nampak macam berasingan, dengan watak berbeza, kehidupan berbeza...
tapi sebenarnya, semuanya saling berkait.

Dan ada seorang perempuan ini…
acapkali muncul dalam setiap cerita walaupun secara indirect... 

Pada awalnya, saya rasa macam kebetulan sahaja.
Macam watak kecil yang sekadar lalu.

Tapi semakin saya baca,
saya mula sedar yang watak perempuan ni, dia sebenarnya adalah “benang halus” yang menghubungkan semua kisah dalam novel ini.

Contohnya dalam kisah The Old Lady and the Bus,
sebelum wanita tua itu “move on”,
dia sempat berjumpa dengan seorang perempuan muda yang sedang datang untuk temuduga sebagai guru tadika
di tempat dia pernah bekerja dulu.

Kemudian dalam kisah The Hero and the Mouse,
perempuan yang sama muncul lagi tapi kali ini sebagai seorang guru sekolah rendah.

Di situ saya mula berhenti sekejap.

Sebab tiba-tiba, cerita-cerita ini tak rasa terpisah lagi.

Dan bila saya baca kisah terakhir iaitu Mitsuru and the Last Photo, akhirnya fokus kepada perempuan itu…
semuanya terasa lebih berat.

Bahagian tentang Hirasaka dan Mitsuru sangat memberi kesan kepada saya. Bagaimana dia membantu perempuan itu keluar daripada keadaan perempuan itu ketika itu, walaupun itu bermaksud melanggar peraturan.

Dan akibatnya, semua ingatan Hirasaka tentang kejadian itu dipadam.

Bahagian tu… rasa macam tak tahu nak gambarkan macam mana.. rasa hiba... dan rasa macam sayang sangat ingatan hilang... demi sebuah pertolongan... 

Apa yang buat saya lebih tersentuh adalah bila selepas kejadian itu, perempuan itu masih hidup, tapi dia tetap kembali ke tempat-tempat yang pernah dilalui bersama Hirasaka… tanpa dia sendiri tahu kenapa.

Perasaan “terhubung” tanpa ingatan itu membuat saya berfikir... lama... 

Sejujurnya, saya masih ada banyak persoalan. Antaranya, kenapa Hirasaka berada di studio itu?
Dan disebabkan timeline cerita tidak linear,
saya tertanya-tanya, adakah mungkin dia sebenarnya pernah perasan akan kehadiran perempuan itu sebelum ini?
Dalam memori lain? Dalam timeline lain? Tapi sebab ingatan dia dipadamkan, dia tak kenal perempuan tu.. tapi takdir sentiasa menemukan mereka? 

Saya tak pasti.

Tapi mungkin itu yang membuatkan buku ini susah untuk dilupakan.

✨ Kesimpulan
Buku ini bukan sekadar tentang kenangan, tetapi tentang hubungan...  walaupun kita tidak selalu memahaminya.

📖 The Lantern of Lost Memories
✍🏻 Sanaka Hiiragi
📚 Fiction • Magical Realism • Healing