Saya menawarkan beberapa bentuk servis dan kerjasama yang berfokus kepada proses kreatif, pengalaman membaca dan sokongan kepada penulis. Setiap kerjasama dijalankan dengan pendekatan yang jujur, beretika dan menghargai masa kedua-dua pihak.

catatan membaca untuk hari yang panjang

Blog ini bukan tempat ulasan buku yang teknikal atau terlalu teratur. Ia lahir daripada kebiasaan membaca di hujung hari, bila fikiran masih penuh dan hati perlukan teman.

  • Saya menulis tentang pengalaman membaca secara peribadi. Tentang buku yang menemani hari sibuk. Tentang cerita yang terasa perlahan, berat, atau diam-diam tinggal di hati. Kadang-kadang bukan tentang suka atau tidak, tetapi tentang apa yang buku itu buat kepada saya ketika membacanya.

  • Di sini, saya berkongsi catatan membaca yang bebas. Ada masanya seperti jurnal. Ada masanya seperti teman berbual. Tidak semua buku sesuai untuk semua orang, dan catatan ini ditulis untuk membantu anda mengenali selera sendiri

Jika anda membaca bukan untuk mengejar senarai, tetapi untuk menemani hidup yang sibuk, ruang ini mungkin sesuai untuk anda.

Sebahagian perkongsian ini juga hadir dalam bentuk video di YouTube, untuk sesi membaca bersama, perbualan santai, dan catatan visual yang lebih perlahan.

maklum balas jujur dengan empati

Ada masanya manuskrip tidak perlukan pembetulan besar. Ia hanya perlukan seseorang untuk membaca dengan tenang dan jujur, sebagai pembaca sebenar.

Sebagai pembaca beta, saya membaca manuskrip anda dengan fokus kepada pengalaman membaca. Sama ada ceritanya mengalir, wataknya terasa hidup, emosinya sampai, dan sama ada pembaca mahu terus membaca atau berhenti di tengah jalan.

Maklum balas yang saya berikan bersifat membina dan berempati. Bukan untuk menghakimi, tetapi untuk membantu anda melihat karya dari sudut pandang pembaca.

Saya menerima manuskrip fiksyen terpilih seperti romance, contemporary fiction, young adult, fantasy dan thriller yang ringan. Saya tidak menerima manuskrip non fiksyen, horror berat atau erotika.

Jika anda sedang menulis di celah kesibukan dan perlukan mata kedua yang memahami proses, anda boleh hubungi saya melalui media sosial.

Saya pernah bekerjasama dengan penerbit dan komuniti buku tempatan, termasuk PTS Publication, Biblio Press melalui inisiatif BookTube Malaysia x Biblio Press, serta penglibatan dalam sesi dan program bersama BookTube Malaysia.

Dalam setiap kerjasama, saya mengutamakan kejujuran, kesesuaian nilai dan komunikasi yang jelas. Tidak semua tawaran kerjasama dapat diterima sekiranya ia tidak selari dengan fokus kandungan dan audiens.

[17] Sun Tzu Art of War (Edisi: Bahasa Melayu) | By Wang Xuan Ming | Review Buku

Video ini merupakan contoh ulasan buku yang dihasilkan sebagai sebahagian daripada kerjasama ulasan.

Pendekatan ulasan memberi fokus kepada pengalaman membaca dan respon pembaca, dengan penekanan kepada kejujuran dan etika.

[15] Ahli Alkimia | By Paulo Coelho | Terjemahan: Hasri Hasan | Review Buku

Video ini merupakan contoh ulasan buku yang dihasilkan sebagai sebahagian daripada kerjasama ulasan.

Pendekatan ulasan memberi fokus kepada pengalaman membaca dan respon pembaca, dengan penekanan kepada kejujuran dan etika.

Kiriman KJ Enterprise | Reaksi | Unboxing | Booktube Malaysia

Video ini merupakan contoh ulasan buku yang dihasilkan sebagai sebahagian daripada kerjasama ulasan bersama penerbit.

Selain ulasan, kandungan kerjasama turut merangkumi video unboxing semasa penerimaan parcel, selaras dengan persetujuan pakej kerjasama yang dipersetujui bersama penerbit.

Kiriman Anggun Melor Sdn Bhd | Reaksi | Unboxing | Booktube Malaysia

Video ini merupakan contoh ulasan buku yang dihasilkan sebagai sebahagian daripada kerjasama ulasan bersama penerbit.

Selain ulasan, kandungan kerjasama turut merangkumi video unboxing semasa penerimaan parcel, selaras dengan persetujuan pakej kerjasama yang dipersetujui bersama penerbit.

Sesi perkongsian memberi fokus kepada proses kreatif, pengalaman membaca, serta refleksi sebagai penulis dan pembaca, disampaikan secara santai, jujur dan beretika.

Di sini, saya menulis tentang proses, persoalan, dan renungan yang lahir sebelum sebuah buku menjadi buku termasuk catatan membaca, perjalanan menulis, dan perkara-perkara kecil yang sering terlepas pandang.

Jika kalian suka membaca dengan perlahan dan menikmati proses di sebalik kata-kata, mungkin ruang ini untuk kalian.

filled teacup on books
filled teacup on books

Ikuti laman sosial saya:

📧 Email: hananorisa@gmail.com
📷 Instagram: iamhananorisa
📺 YouTube: iamhananorisa
📖 Facebook: iamhananorisa