
Halaman ini disediakan sebagai rujukan ringkas untuk tujuan kerjasama, servis, dan jemputan berkaitan penulisan serta kandungan kreatif.
Pengenalan
Hana Norisa ialah seorang penulis novel dan pencipta kandungan yang berkongsi tentang penulisan, bacaan, serta proses kreatif secara jujur dan realistik. Melalui karya dan perkongsian digital, Hana memberi fokus kepada perjalanan penulis yang seimbang dengan kehidupan, kerjaya, dan refleksi diri.


Fokus dan Audience
Karya dan kandungan Hana tertumpu kepada:
Penulisan kreatif dan pembangunan manuskrip
Bacaan dan ulasan buku
Aspiring writers dan pembaca tempatan
Kandungan reflektif dan bermakna
Platform
Hana berkongsi kandungan melalui:
YouTube — rutin menulis, perbincangan proses kreatif dan refleksi penulis
Instagram / Threads — catatan ringkas berkaitan bacaan, penulisan dan pemikiran kreatif
Website — karya, artikel, dokumentasi perjalanan kreatif dan penulisan
Maklumat statistik platform boleh dikongsi atas permintaan.
Servis yang ditawarkan
Hana terbuka untuk kerjasama dan jemputan yang selari dengan nilai penulisan dan bacaan.


Untuk hari-hari yang panjang, buku sering menjadi teman pulang.
Di sini saya mencatat pengalaman membaca, apa yang tinggal di hati dan apa yang mengganggu fikiran, tanpa ulasan teknikal.


Menulis bukan selalu tentang hasil. Kadang-kadang, ia hanya tentang terus hadir.
Di sini saya berkongsi catatan, pengalaman dan proses menulis yang perlahan, jujur dan seadanya.


Jika manuskrip anda perlukan mata kedua yang jujur dan membina, saya sedia membaca dan berkongsi maklum balas dengan empati, tanpa tekanan.
Kerjasama & Pengalaman
Halaman ini menghimpunkan maklumat lanjut berkaitan kerjasama, servis, dan jemputan yang selari dengan penulisan dan kandungan yang saya hasilkan.
Saya terbuka untuk kerjasama yang menghargai proses kreatif, bacaan, dan pengalaman pembaca.
Antara bentuk kerjasama yang sesuai:
Ulasan buku bersama penerbit atau penulis
Kolaborasi kandungan berkaitan buku dan penulisan
Jemputan perkongsian / sesi kecil berkaitan penulisan kreatif
Pembacaan beta manuskrip fiksyen terpilih
Pengalaman Kerjasama
Saya pernah bekerjasama dengan penerbit dan komuniti buku tempatan dalam penghasilan kandungan berkaitan bacaan dan ulasan buku, termasuk:
PTS Publication
Biblio Press (melalui inisiatif BookTube Malaysia x Biblio Press)
BookTube Malaysia (penglibatan dalam sesi siaran langsung dan program komuniti)







Di sini, saya menulis tentang proses, persoalan, dan renungan yang lahir sebelum sebuah buku menjadi buku termasuk catatan membaca, perjalanan menulis, dan perkara-perkara kecil yang sering terlepas pandang.
Jika kalian suka membaca dengan perlahan dan menikmati proses di sebalik kata-kata, mungkin ruang ini untuk kalian.
Ikuti laman sosial saya:
📧 Email: hananorisa@gmail.com
📷 Instagram: iamhananorisa
📺 YouTube: iamhananorisa
📖 Facebook: iamhananorisa
