Halaman ini menghimpunkan testimoni daripada penulis yang pernah menerima ulasan buku daripada saya, merangkumi ulasan berbayar serta ulasan bacaan peribadi yang ditulis secara sukarela.

Setiap ulasan dilakukan dengan pendekatan yang sama — pembacaan yang teliti, maklum balas yang jujur dan berfokus kepada kekuatan karya serta potensi penambahbaikan, tanpa dipengaruhi oleh bentuk kerjasama.

Testimoni ini bertujuan memberi gambaran tentang gaya ulasan saya dan pengalaman penulis sepanjang proses tersebut.

Halaman ini menghimpunkan testimoni daripada dua bentuk ulasan:

  • Ulasan berbayar, yang dijalankan atas permintaan penulis atau penerbit

  • Ulasan bacaan peribadi, ditulis secara sukarela berdasarkan pilihan dan pembacaan saya sendiri

Walaupun berbeza dari segi konteks, setiap ulasan ditulis dengan prinsip yang sama iaitu jujur, teliti dan menghormati usaha penulis.

🎥 Ulasan buku dalam bentuk video juga dikongsikan di YouTube, sebagai sebahagian daripada catatan bacaan dan refleksi peribadi.
(252+ subscribers)

Ulasan berbayar untuk buku The Art of War (Edisi Bahasa Melayu), dibincangkan dari sudut kefahaman teks dan relevansinya kepada pembaca moden.

Testimoni ini dikongsi oleh penulis yang pernah menerima ulasan buku daripada saya, merangkumi ulasan berbayar dan ulasan bacaan peribadi. Setiap maklum balas mencerminkan pengalaman sebenar mereka sepanjang proses ulasan dijalankan.

Pujian kepada pembentang. Secara sopan mengkritik dan memuji tak melambung-lambung. Saya harus katakan penulis buku ini mempunyai kekuatan tersendiri dalam kreativiti beliau tampil dengan nama yang pelbagai. Sedap-sedap pulak tu nama watak.

Video simple, content straight to the point, bahasa sopan, pembentang tak over excited, thumbs up! Kami akan belajar dari video anda.

Ulasan yg mantap Hana! Terperinci betul cara Hana ulas buku ni... Terasa macam teringin nak baca sendiri pun ada bila dengar penerangan Hana.

[14] Jilbab Traveler : Love Spark In Korea | By Asma Nadia | Review Buku

[9] Trilogi Takdir 2 | By Hilal Asyraf | Review Buku [CC- Eng/Malay]

Di sini, saya menulis tentang proses, persoalan, dan renungan yang lahir sebelum sebuah buku menjadi buku termasuk catatan membaca, perjalanan menulis, dan perkara-perkara kecil yang sering terlepas pandang.

Jika kalian suka membaca dengan perlahan dan menikmati proses di sebalik kata-kata, mungkin ruang ini untuk kalian.

filled teacup on books
filled teacup on books

Ikuti laman sosial saya:

📧 Email: hananorisa@gmail.com
📷 Instagram: iamhananorisa
📺 YouTube: iamhananorisa
📖 Facebook: iamhananorisa