peringatan

semua hasil penulisan di blog iamhananorisa.com adalah hak milik penulis kecuali dinyatakan sebaliknya.

semua karya iamhananorisa.com yang dipaparkan di blog ini adalah hak milik sepenuhnya Hana Norisa dan syarikat penerbitan. Karya-karya ini dilindungi di bawah Akta Hak Cipta Malaysia.

Hana Norisa dan syarikat penerbitan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba plagiat/copy paste/yang seumpama dengannya.


pihak iamhananorisa.com sentiasa berusaha untuk menghormati hak milik dan hak cipta orang lain, ini termasuk bahan-bahan seperti artikel, gambar, muzik, video atau bahan-bahan lain yang digunakan dalam artikel-artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai perkara ini, pihak anda boleh hubungi iamhananorisa.com.

[MY JOURNEY] Pasti Ada Kamu diterima penerbit

MY WRITING JOURNEY

Hana Norisa

2 min read

Awal pagi lagi dah terima satu mesej di peti masuk facebook page Hana Norisa. Sebenarnya, tak sangka pun penerbit nak hubungi di situ. Ingatkan akan emel saja memandangkan Hana follow up manuskrip dengan penerbit pun melalui emel.


Sebelum baca mesej penerbit, hati dah berdebar kuat dah. Adakah penerbit tak nak terbitkan Pasti Ada Kamu ni (PAK)? Risau risau. Sekali, dapat mesej macam kat bawah ni. Allahu, hanya Allah yang tahu apa perasaan Hana masa tu. Bibir ni senyum melebar aje bila baca mesej tu. Nasib baik pakai pelitup muka, takdelah nampak Hana tersengeh masa buat kerja.

Sedutan mesej penerbit:

Sehingga bertemu lagi!

Selesai memberikan segala maklumat yang penerbit perlukan, penerbit emelkan surat Akuan Setuju Terbit untuk ditandatangani. Teruja nak tandatangan ni. Dah lama Hana tak terbitkan novel, bila dapat peluang ni, jadi teruja. Masih adakah yang sudi membaca karyaku ini? Harapnya, sambutan novel ini memberangsangkan.

Nak tahu Pasti Ada Kamu (PAK) ni kisahnya pasal apa? Nanti bila dapat lampu hijau dari penerbit, baru Hana cerita panjang-panjang ya. Buat masa ni, kita cerita yang BTS dulu. Manalah tahu kot kot kalian rasa teruja nak dapatkan novel ini

Sebelum kita mengakhiri hantaran hari ni, Hana perkenalkan gambar watak Noah dan Yasmin dengan kalian. Masa Hana tulis PAK ni, memang Hana bayangkan dua pelakon ni. Kenapa? Entahlah, mungkin sebab kimia antara mereka dalam While You Were Sleeping.

KOMEN AND PENDAPAT PEMBACA 👇