peringatan

semua hasil penulisan di blog iamhananorisa.com adalah hak milik penulis kecuali dinyatakan sebaliknya.

semua karya iamhananorisa.com yang dipaparkan di blog ini adalah hak milik sepenuhnya Hana Norisa dan syarikat penerbitan. Karya-karya ini dilindungi di bawah Akta Hak Cipta Malaysia.

Hana Norisa dan syarikat penerbitan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba plagiat/copy paste/yang seumpama dengannya.


pihak iamhananorisa.com sentiasa berusaha untuk menghormati hak milik dan hak cipta orang lain, ini termasuk bahan-bahan seperti artikel, gambar, muzik, video atau bahan-bahan lain yang digunakan dalam artikel-artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai perkara ini, pihak anda boleh hubungi iamhananorisa.com.

[REVIEW] #1: Hanya Kau Untukku (Penulis: Meera Natasya)

Blog post description.

REKOMENDASI BUKU

Hana Norisa

2 min read

Selesai membaca e-novel ini dalam masa 4 hari. Kisahnya ringkas, manis dan kelakar. Jalan cerita predictable tapi ada twistnya sikit. Bagus untuk bacaan santai sebab konflik pun tak berat.

Sinopsis
Mengisahkan Shripriya yang dilayan seperti Cinderella oleh pak cik dan mak ciknya sendiri tapi versi modenlah. Ikutkan hati, dia boleh aje lari dari rumah pak cik dan mak ciknya, cuma bila nyawa si adik menjadi galang ganti, tindakan tu terbantut.

Datang pula Dhiran yang berjanji untuk keluarkan dia dari kekejaman pak cik dan mak ciknya. Dhiran ni dari awal dah suka kat Shripriya. Jatuh cinta sebab selalu dengar kebaikan Shripriya ni tapi Shripriya tak layan.

Shripriya lagi minat nak layan coklat yang peminat rahsia dia bagi. Bila takde coklat, rindulah pula Shripriya ni kat coklat yang peminat rahsia ni bagi sampai si Dhiran ni jeles.

Yang menarik:
1. Bila baca cerita ni, boleh rasa budaya masyarakat India yang diketengahkan penulis. Banyak sambutan majlis dan sangat meriah.
2. Boleh nampak yang penulis buat research dulu sebelum menulis terutama bab wasiat. Maksudnya, penulis tak menulis secara semborono.
3. Ada adegan romantis tapi tak keterlaluan. Berbunga-bunga jugaklah bila tengok si Dhiran mengayat si Shripriya ni.

Yang tidak menarik:
1. Ada sesetengah dialog terasa seperti ayat buku dan kaku tapi tidaklah sehingga merosakkan jalan cerita.
2. Ada beberapa typo yang buatkan ayat nampak tergantung tapi tidaklah sehingga mengubah maksud ayat.

Saranan:
Sesuai untuk mereka yang mencari bacaan ringan sebab e-novel ni kurang konflik. Jadi, tak perlu nak pening kepala fikir. Stress dengan kerja, bacalah e-novel ini sebab nanti pasti terhibur dengan perasaan perasan si Dhiran tu. *geram dengan mamat perasan ni

Untuk penulis:
Keep up the good work. E-novel ni nipis sangat, tak puas baca. Rindu nak baca karya tebal dari penulis. Apapun, Hanya Kau Untukku tak boleh lawan Tak Sengaja Cinta. Hehe~


Kalau berminat untuk dapatkan e-novel ini, boleh hubungi penulis di media sosial penulis ya. Signing off untuk rekomendasi buku kali ini. Sehingga bertemu lagi, Let's Drop Everything and Start to Read.

KOMEN AND PENDAPAT PEMBACA 👇