peringatan

semua hasil penulisan di blog iamhananorisa.com adalah hak milik penulis kecuali dinyatakan sebaliknya.

semua karya iamhananorisa.com yang dipaparkan di blog ini adalah hak milik sepenuhnya Hana Norisa dan syarikat penerbitan. Karya-karya ini dilindungi di bawah Akta Hak Cipta Malaysia.

Hana Norisa dan syarikat penerbitan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba plagiat/copy paste/yang seumpama dengannya.


pihak iamhananorisa.com sentiasa berusaha untuk menghormati hak milik dan hak cipta orang lain, ini termasuk bahan-bahan seperti artikel, gambar, muzik, video atau bahan-bahan lain yang digunakan dalam artikel-artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai perkara ini, pihak anda boleh hubungi iamhananorisa.com.

[REVIEW] #2 Terima Kasih, Luka (Penulis: Hasif Rayyan)

Blog post description.

REKOMENDASI BUKU

Hana Norisa

4 min read

Sinopsis
Mengisahkan tentang Poji yang baru lepas dapat keputusan UPU. Dia gagal mendapatkan penempatan untuk masuk universiti. Mungkin juga sebab dia main pilih aje kursus apa yang ada tanpa mengira minat atau tak. Motif dia satu je, dia nak keluar dari rumah dia. Kat rumah tu, dia tinggal dengan ayah dia (seorang pegawai polis) dan adik perempuan dia, Naura.


Selepas dia gagal dapat masuk universiti, dia pun cuba nak mohon masuk Tingkatan 6. Dia suarakan hajat hati dekat ayah dia tapi ayah dia marahlah. Nak sambung belajar tapi kat tempat jauh. Mereka gaduh sampai terkaitkan nama Naura. Naura ni sentaplah bila dengar butir-butir perkataan Poji, jadi esoknya dia menghilangkan diri.


Pace dan gaya penceritaan.

Novel ini menggunakan gaya penceritaan yang linear dan cerita bergerak ke hadapan. Ada ketika, akan ada babak imbas kembali untuk menceritakan sebab sebenar kenapa watak-watak dalam cerita itu bertindak sedemikian.

Selain daripada naratif yang agak banyak (sebab penulis mendetilkan perbuatan watak), buatkan cerita bertambah perlahan. Naratif yang agak banyak ni lebih kepada penjelasan penulis terhadap tindakan watak buatkan ayat sedikit lewah. Rasa macam ada campur tangan suara penulis pun ada… Walhal yang disampaikan itu cuma satu mesej.

Contoh:

Perenggan sebelum ni adalah pertanyaan Razlan kepada Karim. Perenggan selepas perenggan di atas adalah jawapan Karim. Jadi, saya assume perenggan ini adalah perenggan untuk Karim, berdasarkan ayat ‘perbualan antara dia dan Razlan’.

Bibir Karim ketika ini mengukir senyuman kelat. Entah kenapa. Meskipun dia sedar itu bukan reaksi yang seharusnya ditonjolkan sebagai seorang bapa. Mungkin kerana dia sudah boleh menjangka hala tuju perbualan antara dia dan Razlan selepas ini. Tinggal Karim tahu dia tiada ruang untuk terus lari daripada perbualan sebegini. (muka surat 98)

Rasanya boleh saja tulis seperti:

Karim mengukir senyuman kelat. Dia dapat mengagak hala tuju perbualan antara dia dan Razlan. Dia tahu dia tiada ruang untuk terus lari dari perbualan sebegini.


Komen:

  1. Bila kita guna bibir Karim mengukir senyuman kelat… Kat situ dah lewah sebab senyum memang kat bibir saja, kan? Ada ke orang lain senyum kat tempat lain?

  2. Entah kenapa. Meskipun dia sedar itu bukan reaksi yang seharusnya ditonjolkan sebagai seorang bapa - Karim dah senyum kelat, maksudnya dia dah tahu dah dia tak patut bersikap sedemikian. Mana ada orang senyum kelat, tapi hati berbunga-bunga kan? Senyum kelat, hati mesti rasa tak selesa dengan keadaan itu.

Tapi itulah, mungkin itu adalah stail penulisan penulis. Cuma, kalau buang yang lewah tu, pace penceritaan akan jadi semakin laju dan buatkan orang tak sabar-sabar nak tahu ‘What’s next!”

Plot penceritaan agak kemas dan setiap yang berlaku, kita boleh nampak kaitannya. Cerita nampak seimbang dari segi idea, character dan plot.


Watak:

Watak utama adalah Poji. Lepasan SPM dan sedang menunggu keputusan UPU tapi gagal mendapat penempatan menjadikan dia nekad untuk mendaftar ke Tingkatan 6. Ingatkan dia memang nak sambung belajar, rupanya, dia nak sambung belajar supaya dia nak jauh daripada ayah dia. Secara tak langsung, dia buatkan Naura terasa macam Naura adalah punca kepada beban yang terpundak pada bahu Poji dan ayah dia.

Ayah Poji ni pulak sejenis bapa yang lepas tangan dalam menjaga anak dia. Yes, dia memang bagi anak-anak dia makan dan pakai tapi dari segi emosi anak-anak, tak terbela. Dia gagal jadi seorang ayah yang memahami anak-anak dia. Mungkin juga dia salahkan Naura sebab isteri dia meninggal selepas lahirkan Naura.

Memang susah nak terima kenyataan itu, tapi orang yang dah meninggal, dia dah tak rasa apa-apa dah. Yang tinggal ni, yang akan sengsara. Jadi, sebab dia salahkan Naura, dia lepaskan tanggungjawab tu dekat Poji.

Poji ni pulak tak pandai pilih perkataan. Jadi, bila dia bergaduh dengan ayah dia, terpalit nama Naura sekali. Marahlah budak tu. Esoknya, Naura hilang. Menggagau satu kampung cari Naura.


Yang menarik:
1. Bak kata Laksamana Sunan (Karya: Ramlee Awang Murshid) dalam Siri Sunan, mati itu pasti, hidup itu insya-Allah. Ayah Poji ni tak dapat terima sebab kematian isteri dia. Jadi, dia lepaskan tanggungjawab menjaga Naura dekat Poji. Pada saya, selagi anak-anak ada ibu dan bapa, tanggungjawab membesarkan anak itu adalah tanggungjawab ibu dan bapa. Tanggungjawab tu, bukan sekadar makan dan pakai, tapi emosi juga. Selagi mereka ada, tanggungjawab tu tak boleh dipindahkan kepada anak sendiri terutama anak sulung. It will never be the same.


2. Jenayah ni tak semesti dilakukan oleh orang jahat saja. Atas sebab desakan hidup, pegawai polis pun boleh lakukan jenayah, apatah lagi bekas pegawai polis. Dan jenayah ni boleh menyelusup dalam hidup kita tanpa kita sedari. Mungkin bila kita sedar, kita dah pun hanyut dengan jenayah tu sehingga tak jumpa jalan pulang.


3. Apa yang berlaku dalam kehidupan kita, semuanya dah diaturkan Allah. Kalau kita kecewa, jangan lepaskan dekat orang sebab aturan itu datangnya dari Allah. Sepatutnya kita kembali semula, dekatkan diri dengan Allah. Bersangka baik dengan aturan-NYA. Jangan lepaskan dekat orang. Bila kita lepaskan dekat orang, ketika itulah kita akan kehilangan kepercayaan dari mereka terutama kalau orang itu adalah ahli keluarga sendiri atau dengan orang yang kita rapat.


Yang tidak menarik:
1. Seperti poin di atas, banyak ayat lewah menyebabkan pace novel ini lambat dan kadangkala rasa macam, aku nak teruskan baca ke tidak? Tapi dah separuh ni…


2. Rasa macam ada je babak yang tak diperlukan dalam cerita ini. Contoh babak adegan dating tu, saya tak nampak kepentingan babak tu dalam perjalanan cerita. Boleh je mereka berbual akan hal itu kat kedai sambil bekerja ke kan? Dan sebagai kawan. Jadi, tak perlu involvekan feeling. Saya rasa adegan tu macam nak suntikkan elemen cinta tapi sekadar suntikan tanpa dikembang.


Saranan:

Novel ini lebih mengetengahkan genre slice of life, friendship and family.


Sesuai untuk mereka yang mencari bacaan ringan sebab novel ni kurang konflik. Konfliknya dapat diagak sebab dari mula lagi kita tahu hal yang terjadi adalah disebabkan si ayah yang tak nak ambil peduli pasal perasaan si anak. Cuma adegan saspen selepas itu adalah sebab atas tindakan si bapa. Yang jadi mangsa adalah anak-anak.


Untuk penulis:
Keep up the good work. Walaupun ini karya pertama yang saya baca dari penulis, saya rasa tak rugi membacanya sebab mesej yang diketengahkan itu memang terjadi dalam kehidupan kita. Antara kita sedar ataupun tidak.


Pesanan:

Kalau berminat untuk dapatkan novel ini, boleh dapatkan melalui Iman Publication. Okay, that’s it. Signing off untuk rekomendasi buku kali ini. Sehingga bertemu lagi, Let's Drop Everything and Start to Read.

KOMEN AND PENDAPAT PEMBACA 👇