peringatan

semua hasil penulisan di blog iamhananorisa.com adalah hak milik penulis kecuali dinyatakan sebaliknya.

semua karya iamhananorisa.com yang dipaparkan di blog ini adalah hak milik sepenuhnya Hana Norisa dan syarikat penerbitan. Karya-karya ini dilindungi di bawah Akta Hak Cipta Malaysia.

Hana Norisa dan syarikat penerbitan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba plagiat/copy paste/yang seumpama dengannya.


pihak iamhananorisa.com sentiasa berusaha untuk menghormati hak milik dan hak cipta orang lain, ini termasuk bahan-bahan seperti artikel, gambar, muzik, video atau bahan-bahan lain yang digunakan dalam artikel-artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai perkara ini, pihak anda boleh hubungi iamhananorisa.com.

[REVIEW] #3 Sayap Berlian (Penulis: Nurkariema)

Blog post description.

REKOMENDASI BUKU

Hana Norisa

5 min read

Sinopsis
Mengisahkan tentang dua beradik iaitu Tengku Jalil dan Tengku Annas. Tengku Jalil yakin yang kematian Tengku Badri adalah disebabkan abang dia, Tengku Annas. Jadi, dia rancang untuk bawak Tengku Annas ni ke tengah lautan dan bunuh abang dia. Rancangan dia hampir berjaya sebelum kapal mereka dilanda ribut. Kejadian itu menyebabkan kedua-dua beradik ni, mengalami nasib yang agak teruk.

Tengku Annas koma, sementara Tengku Jalil tercampak ke Kristaland. Dekat Kristaland ni, Tengku Jalil terjumpa dengan Puteri Airlea yang sedang melarikan diri dari buruan askar diraja. Kehadiran Tengku Jalil di Kristaland ni mengundang banyak persoalan sebab ada sesuatu pada Tengku Jalil yang buatkan dia turut menjadi buruan. Malah, kehadiran Tengku Annas di Kristaland turut meninggalkan banyak persoalan. Yelah, Tengku Annas punya gaya macam dia tahu selok-belok Kristaland dan orang Kristaland pun kenal siapa Tengku Annas.


Pace dan gaya penceritaan:

Novel ini menggunakan gaya penceritaan yang linear dan cerita bergerak ke hadapan. Seperti kebanyakan cerita, di hujung cerita akan ada flashback tentang kenapa perkara yang berlaku dalam novel itu berlaku. Tapi flashback yang berlaku tu terjadi secara teratur. Penulis tak sumbat semuanya dalam satu bab atau babak.

Pace penceritaan laju. Naratif pun tak banyak, cukup untuk menceritakan tentang keadaan sekeliling yang berlaku ketika itu.

World building yang tak melampau. Tak berlaku info dump. Dari awal penceritaan, terus dapat tangkap novel ini tentang apa, dan without further ado, terus rasa nak selak halaman seterusnya walaupun dah dapat agak ending novel ini. Tapi tak kisahlah dapat agak atau tidak, yang pastinya, rasa enjoy membacanya.

Cerita nampak seimbang dari segi idea, character dan plot tapi terlalu banyak plot hole yang tak terjawab. (*atau dah terjawab tapi saya yang tak dapat tangkap ke, saya tak pasti)

Watak:

Watak utama ada tiga orang iaitu Tengku Jalil, Puteri Airlea dan Tengku Annas. Saya tak boleh nak cakap mana yang paling utama sebab ketiga-tiga watak ni memainkan peranan dalam cerita ini. Cerita ni takkan lengkap kalau takde salah seorang daripada watak ni.

Ringkasnya, Tengku Jalil sesat di Kristaland, Puteri Airlea bantu Tengku Jalil. Dan, Tengku Annas bantu Puteri Airlea dan Tengku Jalil. Tanpa salah seorang ni, cerita ni macam tak boleh nak bergerak ke hadapan.

Selain itu, ada banyak lagi watak sampingan yang menarik.

Ada Ollie - si kucing oren yang bersayap (macam Happy dalam Happy Fairy Tail tapi warna oren - saya tak tengok anime ni tapi pernah ternampak gambar ni somewhere).

Sumber: Mr Google

Makhluk Jamur - mengingatkan saya dekat Smurf ni.

Sumber: Mr Google

Yang menarik:
Novel ini ada elemen fantasi. Kristaland itu adalah dunia fantasi. Seperti yang saya ada sebutkan di atas, walaupun fantasi, novel ini tak berat dengan naratif. Penulis tak lakukan info dump yang menyebabkan naratif jadi panjang. Naratif yang panjang cuma buatkan pace penceritaan jadi perlahan. Penjelasan world building yang on point. Tak meleret. Masa baca, terbayangkan c-drama Xianxa dan Wuxia. Walaupun saya bukan peminat c-drama, I still can feel the vibe.

Sumber: Pinterest (Deathblade)

Ada beberapa perkataan yang saya tak pernah dengar dan sudah lama tak dengar. Antaranya:

1. Khutub Khanah.

2. Melotot. Pada mulanya, saya ingat typo tapi bila cari di pprm, perkataan ini memang wujud.


Hubungan Tengku Jalil dan Tengku Annas ni, mengingatkan saya dekat Lee Yoon dan Lee Rang dalam Tale of the Nine Tailed. Mereka menghargai kehadiran masing-masing tapi tak nak mengaku sayang. Depan gaduh, dalam hati sayang. Dia punya love-hate sibling relationship tu, kadang rasa nak hempuk kepala dorang ni.


Yang tidak menarik:
K-Lit adalah imprint Alaf21. Jadi, saya tak jangkakan ada typo dalam novel ini. Sebab kalau kalian baca buku keluaran Alaf 21 dan Buku Prima, macam susah nak jumpa typo kan? Tapi takpe, K-Lit ni baby lagi. New born baby, lama-lama boleh jadi hebat macam kakak-kakak dan abang-abangnya.

Typo yang ada tu, tak wujudkan masalah besar pun. Ayat yang ada masih boleh difahami dan tak mengubah maksud ayat pun.

Maktamad atau muktamad? Sebab cari kat pprm, tak jumpa perkartaan maktamad

Perkataan yang di warnakan itu, macam takde space antara perkataan, kan?

Tak dapat cari perkataan sensetif dalam pprm

Oh ada satu bahagian yang saya turut perasan iaitu pada keseragaman ayat dalam novel ini iaitu Si Mata Emerald. Sekejap Si Mata Emerald, dekat halaman lain, Si Mata Hijau. Walaupun Emerald dan Hijau tu sama… mungkin lebih cantik bila diseragamkan sama ada guna Emerald atau Hijau.


Saya rasa ada banyak plot hole sikit sebab as a reader, saya perlukan proper closure sebelum berpisah dengan novel ini. Antaranya:

Saya nak tahu apa yang berlaku pada Scias.

Saya nak tahu adakah kakak Ratu Dharsia tu tahu apa yang adik dia cuba buat? Apa perasaan si kakak bila tahu rencana adik dia? Si kakak dah berkorban sebab langgar peraturan tapi si adik…?

Macam mana Tengku Badri boleh masuk ke Kristaland? Macam mana Tengku Badri boleh kenal dengan isterinya? Kenapa Tengku Badri kena kahwin dengan Tengku Julia?

Siapa yang cuba nak bunuh Tengku Annas di hospital?

Macam mana Tengku Aminah boleh tahu pasal Kompas Baiduri?

Macam banyak sangat persoalan yang ditinggalkan tidak berjawab.

Ada tanya penulis, adakah akan ada sambungan… tapi penulis tak nak jawab… huhu… saya mengharapkan ada sambungan untuk jawab persoalan ini... huhu.. please writer-nim!!!

(Update: Penulis kata nanti akan ada sambungan. Yes!!)


Saranan:
Sesuai untuk mereka yang baru nak menjinakkan diri dengan novel fantasi. Beginner orang kata. Selain itu, orang yang suka tonton c-drama Xianxa dan Wuxia, confirm suka cerita ni.

Novel ini mengetengahkan genre fantasi and family. Ada suntikan misteri sikit.


Untuk penulis:
Keep up the good work. Walaupun ini karya pertama yang saya baca dari penulis, saya rasa tak rugi membacanya. Penulis pernah tulis novel lain sebelum ini menggunakan nama pena yang lain tapi saya dah tak ingat jalan ceritanya. He~


Pesanan:

Kalau berminat untuk dapatkan novel ini, boleh dapatkan melalui kedai-kedai buku berhampiran kalian. Okay, that’s it. Signing off untuk rekomendasi buku kali ini. Sehingga bertemu lagi, Let's Drop Everything and Start to Read.

KOMEN AND PENDAPAT PEMBACA 👇