peringatan

semua hasil penulisan di blog iamhananorisa.com adalah hak milik penulis kecuali dinyatakan sebaliknya.

semua karya iamhananorisa.com yang dipaparkan di blog ini adalah hak milik sepenuhnya Hana Norisa dan syarikat penerbitan. Karya-karya ini dilindungi di bawah Akta Hak Cipta Malaysia.

Hana Norisa dan syarikat penerbitan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba plagiat/copy paste/yang seumpama dengannya.


pihak iamhananorisa.com sentiasa berusaha untuk menghormati hak milik dan hak cipta orang lain, ini termasuk bahan-bahan seperti artikel, gambar, muzik, video atau bahan-bahan lain yang digunakan dalam artikel-artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai perkara ini, pihak anda boleh hubungi iamhananorisa.com.

[REVIEW] #5 Pada Pahitnya Secawan Kopi (Penulis: Aidil Ghazali)

Blog post description.

REKOMENDASI BUKU

Hana Norisa

4 min read

Sinopsis
Mengisahkan seorang gadis bernama Intan. Mak Intan mahu Intan berkahwin tapi Intan tak nak. Kerana penyakit yang dialami oleh Intan, tak mengizinkan Intan untuk berkeluarga.

Tapi disebabkan mak Intan ni beriya nak menantu (actually lebih kepada, nak ada orang jaga dia kalau mak dia meninggal nanti), jadi dia nak jodohkan Intan dengan Farid, doktor yang pernah merawat mak dia.

Farid ni berani, selalu datang bertandang ke rumah mak Intan untuk mengenali Intan dengan lebih dekat tapi Intan tak nak. Intan tak mahu orang lain kecewa selepas dapat tahu keadaan dirinya.

Ringkasnya, Intan terus berlari dan mengelak dan Farid terus mengejar.



Pace dan gaya penceritaan

Novel ini menggunakan gaya penceritaan yang linear dan cerita bergerak ke hadapan.

Pace penceritaan super lambat. Kadang buat saya fikir, "Aku nak teruskan baca ke tidak sebab lambat betul nak tahu apa masalah si Intan ni sampai tak nak kahwin."

Cerita ni lebih kepada idea driven dan character driven, dimana perjalanan cerita ditentukan dengan tindakan watak.

Susunan dan perjalanan cerita nampak tersusun tapi bencinta nak baca sampai habis. Saya rasa seolah-olah penulis saja drag cerita ni sampai ke ending. Dah nak habis cerita, barulah tahu apa masalah Intan ni sampai dia tak nak kahwin. Kalau tak, berceritalah penulis pasal kopi sahaja.


Watak

Novel ini menggunakan POV 3. Maksudnya, kita boleh tahu apa perasaan semua watak yang terlibat, maksudnya, tak terhad hanya dari sudut pandang Intan.

Watak utama dalam novel ini adalah Intan. Intan ni pemilik Kafe Kahwa. Dia sukakan kopi dan ada dua orang kakitangan. Intan selalu kena tanya dengan mak dia, bila nak kahwin. Dan mak dia suka kenenkan dia.

Dia anak sulung. Sampaikan adik dia yang lelaki tu nak kahwin pun, nak kena tunggu dia sebab takut langkah bendul (lelaki pun ada isitilah langkah bendul ke?)

Mak dia kalau boleh, nak dia ada pasangan sebelum mak dia meninggal dunia tapi tanpa mak dia sedari, desakan mak dia buatkan dia terluka.


Yang menarik
1. Novel ini banyak menceritakan tentang kopi dan barista. Walaupun saya tak suka minum kopi, saya suka baca cerita yang berkaitan dengan kopi. Ini adalah salah satu sebab kenapa saya beli novel ini. Kopi itu aromanya wangi. Bau saja pun dah boleh buat orang segar inikan pula bila diminum. Saya suka bau kopi tapi saya tak suka bau nescafe. Haha…


2. Saya tak pernah dengar nama penyakit yang dialami Intan. Pertama kali dengar adalah melalui pembacaan novel ini. Bila baca novel ini, saya jadi tahu serba sedikit tentang penyakit ini.

Saya suka watak Farid. Dia berani mendekati keluarga Intan dan mengaku suka Intan. Mungkin juga sebab dia sudah ada pengalaman sebelum ini. Jadi, tak nampak dia kekok. As a doctor, dia pun aware dengan apa yang dialami Intan. Cuma, saya tak suka bila dia panggil Intan sayang. Dia belum kahwin dengan Intan, sesuka hati panggil sayang. Red flag!


3. Ada kemunculan Toshikazu Kawaguchi. Tak sangka sebenarnya, penulis ada masukkan acara Toshikazu Kawaguchi datang Malaysia hari tu. Saya tersuka penulisan Toshikazu Kawaguchi selepas baca siri Before the Cofee Gets Cold.


Boleh tengok review video ulasan saya untuk novel beliau:

Before the Coffee Gets Cold 1

Before the Coffee Gets Cold 2


Yang tidak menarik:
1. Pada pahitnya secawan kopi ini adalah sebuah novel. Tapi bila saya baca novel ini, perasaan dia macam saya baca manual tentang kopi. Untuk sampai ke poin utama atau plot utama novel ini, punyalah banyak kisah pasal kopi. Cara nak buat kopi, jenis kopi, beli mesin kopi dan banyak lagi tentang kopi. Saya rasa kalau buang segala info yang macam manual kopi ni, memang ringkas je ceritanya. Mungkin dari 333 halaman yang ada ni, berkurang sehingga 200 halaman.

Kalau buang part kopi ni, tak ganggu pun perjalanan cerita. Cerita masih boleh bergerak dengan jayanya.


2. Penulis tak ulas tentang penyakit Intan pada awal cerita. Dah nak akhir cerita, barulah penulis cerita tentang penyakit itu dan bagaimana Intan didiagnos. Alangkah bagusnya, kalau penulis terus sahaja mention apa penyakit Intan sedari awal. Tak perlu berahsia sehingga nak habis cerita. Atau buat sahaja Intan tahu pasal support group tu dari awal. Sekurangnya, kita nampak apa fungsi support group tu dalam perjalanan hidup Intan sebagai seorang penghidap MRKH. Ini tidak, dah nak akhir baru muncul. Itupun setakat satu dua bab.


3. Saya tak nampak apa kepentingan watak Zarif dan Farid. Nak kata Intan suka Zarif, macam ya tapi apa impaknya dalam cerita ni? Sebab kalau buang watak Zarif, cerita masih boleh berjalan macam biasa. Kepentingan yang saya nampak tentang watak Zarif adalah masa dia tolong Intan tukar tayar. Itu sahaja. Insiden lain macam takde. Dia macam, Zarif keluar untuk tolong pasal tayar, jumpa dua tiga kali dan bye bye?

Watak Farid pun sama. Kehadiran dia macam tak bagi apa-apa function dalam hidup Intan. Sekadar menjadi doktor mak Intan dan tolong pasal CCTV tu saja. Other than that, macam kenapa dia perlu ada… gitew… watak dia takde pun takpe sebab takde impact dalam kisah hidup Intan.


4. Percaya dan yakin itu membawa maksud yang sama. Bila dua perkataan ini digunakan dalam satu ayat, ayat jadi lewah.


Saranan:
Novel ini konfliknya ringan. Bagus untuk bacaan santai dan kalau nak belajar tentang kopi.

Genre: Slice of life, kut?


Untuk penulis:
Well done. Walaupun saya macam bingung novel ini nak cerita pasal hidup Intan atau kopi, novel ini berjaya buatkan saya tahu pasal kopi. Disebabkan novel ini, saya baru ada kopi black ivory, ataupun elephant dung coffee. Sounds interesting tapi haiya, nasib baik saya bukan penggemar kopi.


Pesanan:

Kalau berminat untuk dapatkan novel ini, boleh dapatkan melalui kedai-kedai buku berhampiran kalian. Okay, that’s it. Signing off untuk rekomendasi buku kali ini. Sehingga bertemu lagi, Let's Drop Everything and Start to Read.

KOMEN AND PENDAPAT PEMBACA 👇