peringatan

semua hasil penulisan di blog iamhananorisa.com adalah hak milik penulis kecuali dinyatakan sebaliknya.

semua karya iamhananorisa.com yang dipaparkan di blog ini adalah hak milik sepenuhnya Hana Norisa dan syarikat penerbitan. Karya-karya ini dilindungi di bawah Akta Hak Cipta Malaysia.

Hana Norisa dan syarikat penerbitan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba plagiat/copy paste/yang seumpama dengannya.


pihak iamhananorisa.com sentiasa berusaha untuk menghormati hak milik dan hak cipta orang lain, ini termasuk bahan-bahan seperti artikel, gambar, muzik, video atau bahan-bahan lain yang digunakan dalam artikel-artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai perkara ini, pihak anda boleh hubungi iamhananorisa.com.

[REVIEW] #6 Ini Sebuah Cerita Cinta (Penulis: Farah Husain)

Blog post description.

REKOMENDASI BUKU

Hana Norisa

3 min read

Sinopsis

Mengisahkan seorang gadis bernama Lea. Lea ni seorang pelajar yang nak ambil SPM tapi dia tak berapa cemerlang keputusan dia. Jadi, pihak sekolah aturkan dia program mentor mentee sebagai persediaan untuk SPM. Pelajar tingkatan enam atas akan jadi mentor untuk pelajar SPM.

Nak dijadikan cerita, mentor si Lea ini adalah Johan. Johan ni kawan baiknya kepada crush Lea, Adam. Untuk tahu rahsia terbesar hati Adam, Lea setuju Johan jadi mentor dia walaupun Johan ni mulut macam puaka. Tanpa diketahui sebenarnya, Adam dan Johan suka dekat Lea.

Lea memang suka dekat Adam jadi bila Adam kata suka, Lea patutnya takde masalah nak terima tapi kenapa dia rasa aneh. Kenapa dia perlu pedulikan perasaan Johan?


Pace dan gaya penceritaan:

Novel ini menggunakan gaya penceritaan imbas kembali. Bab awal menceritakan yang Lea ni dah dewasa dan buka kedai bakery sendiri. Ketika ini, ada seseorang datang ke bakery. Seseorang yang Lea tunggu. Selepas jumpa ni, baru imbas kembali berlaku.

Pace penceritaan sedang-sedang. Mungkin sebab cerita ni menggunakan POV 1. Jadi, kita cuma tahu apa yang Lea nampak. Jadi, rasa macam slow sikitlah pace penceritaan tu.

Cerita ni lebih kepada idea driven dan character driven, dimana perjalanan cerita ditentukan dengan tindakan watak.

Susunan dan perjalanan cerita tersusun.


Watak:

Seperti yang dinyatakan di atas, novel ini menggunakan POV 1. Maksudnya, kita cuma tahu apa yang Lea tahu. Jadi, rasa macam tertanya-tanya apa berlaku seterusnya ni. Debar tu adalah sikit sebab kita tak tahu apa yang orang lain fikir kan?

Watak utama dalam novel ini adalah Lea. Lea ni ada crush nama Adam. Dia ada kawan dua orang yang crushnya adalah kawan Adam. Kiranya Adam tu tiga sahabat, Lea pun tiga bersahabat. Seorang crush dengan setiap seorang satu gitew.

Lea ada adik, Nadia. Lea dan Nadia ni macam langit dan bumi. Nadia super cemerlang, Lea pula biasyer biasyer aje. Mereka ada ayah yang bekerja di luar negara. Untuk dapatkan tiket melawat ayah mereka di luar negara, dua beradik ni adakan peraduan. Siapa dapat keputusan cemerlang, dia akan dapat tiket melawat ayah mereka di luar negara. Ni pun antara sebab kenapa Lea setuju Johan jadi mentor dia.


Yang menarik:
1. Okay, ini alasan gedik. Yang menariknya adalah ada dance Super Junior dalam novel ini. Well, untuk seorang peminat k-pop seperti saya, ELF pulak tu, memang triggerlah kesukaan saya bila Adam, Johan dan Naqib dance lagu Sorry Sorry sebab nak minta maaf. Boleh pula bias saya dan Lea sama, iaitu Donghae Oppa. *tiber


2. Kisah klise cinta remaja. Sebab kalau cerita cinta remaja ni, kita memang dah boleh agak flow cerita dia. Budak pandai dengan budak cemerlang. Gaduh gaduh lepas tu suka. Akhir sekali nanti, end up seorang sambung belajar kat luar negara. Itu boleh dijangkakan dalam novel klise. Tapi bukan kehidupanlah kalau tak klise. Cuma olahan tu, kadangkala buatkan yang klise pun jadi tak klise.


3. Ada bonus POV beberapa watak sekeliling Lea. Jadi kita boleh tahu apa yang berlaku dari sudut pandangan mereka.


Yang tidak menarik:
1. Kalau tak silap, Johan lahir 1989. Adam dan Johan rakan sekelas. Dan dia berada di tingkatan enam atas. Even kat dalam novel ini pun, disebutkan Adam berumur 19 tahun. Maksudnya semua ni berlaku pada tahun 2008. Sorry sorry, by Super Junior digital release pada 2009. Macam mana trio ni boleh tahu pasal lagu ni sebelum lagu ni release? Hurm…


2. Novel ini bermula dengan Lea ternampak orang yang dia nantikan dekat bakery dia. Selepas tu, imbas kembali berlaku sekitar 10 tahun yang lalu. Tamat je imbas kembali tu, penulis ulang semula bab 1. Jadi, macam potong mood sikit. Kenapa kena ulang balik bab itu? Kan dah redundant tu. As a result, I skip that part. Haha.


3. Mereka berjumpa balik bila masing-masing dah dewasa dan bekerjaya. Jumpa pula sekejap je. Kalau buat lebih lagi, adegan selepas mereka berjumpa balik ke, terubat sikit rasanya nak tengok mereka berdua bergaduh. Ini tidak, ending dia sekejap betul. Lea senyum, si dia senyum. Makan cupcake. Tu je? I want more writer-nim.


Saranan:
Novel ini konfliknya ringan. Bagus untuk bacaan santai dan kalau nak mengimbau zaman dahulu kala, bercinta masa sekolah. I don’t have this experience sebab saya dulu sekolah perempuan. Jadi, berangan sajalah yang mampu.

Genre: Cinta remaja.


Untuk penulis:
Keep up the good work. Suka sangat kisah ini. Lea yang kuat berangan, Johan yang suka mengusik. Tapi still tak puas hati dengan ending dia walaupun ending dia happy ending. I want more writer-nim.


Pesanan:

Kalau berminat untuk dapatkan novel ini, boleh dapatkan melalui Prolog Media. Okay, itu saja. Signing off untuk rekomendasi buku kali ini. Sehingga bertemu lagi, Let's Drop Everything and Start to Read.

KOMEN AND PENDAPAT PEMBACA 👇