peringatan

semua hasil penulisan di blog iamhananorisa.com adalah hak milik penulis kecuali dinyatakan sebaliknya.

semua karya iamhananorisa.com yang dipaparkan di blog ini adalah hak milik sepenuhnya Hana Norisa dan syarikat penerbitan. Karya-karya ini dilindungi di bawah Akta Hak Cipta Malaysia.

Hana Norisa dan syarikat penerbitan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba plagiat/copy paste/yang seumpama dengannya.


pihak iamhananorisa.com sentiasa berusaha untuk menghormati hak milik dan hak cipta orang lain, ini termasuk bahan-bahan seperti artikel, gambar, muzik, video atau bahan-bahan lain yang digunakan dalam artikel-artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai perkara ini, pihak anda boleh hubungi iamhananorisa.com.

[REVIEW] #7 The Missing Puzzle (Penulis: Norsamila Samsudin)

Blog post description.

REKOMENDASI BUKU

Hana Norisa

3 min read

Sinopsis


Aqilah ni boleh dikategori sebagai seorang yang bebas dalam pergaulan. Dia ni boleh dikatakan seorang anak yang dahagakan kasih sayang ayah tapi ayah dia tak pedulikan dia. Apa-apa yang ayah dia buat, tak pernah bincang dengan dia. Tahu-tahu aje, ayah dia bagitahu yang ayah dia dah kahwin lain. Dan tiba-tiba aje, dia ada abang tiri.

Jadi, Aqilah ni simpanlah dendam. Dia tak nak berbaik dengan keluarga tiri dia ni tapi lagi dia benci dengan keluarga tiri dia, dia rasa bersalah sebab keluarga tiri dia ni baik sangat. Dengan roommate dia yang baik, yang sentiasa ingatkan dia tentang adanya Tuhan, buatkan dia berfikir. Mungkin dia patut buka hati dia untuk terima semua yang terjadi dalam hidup dia. Dan, bila dia cuba buka hati dia, dia mula merasai kasih sayang yang pernah hilang dalam hidup dia.


Pace dan gaya penceritaan:

Gaya penceritaan novel ini bersifat linear. Seingat saya, takde imbas kembali. Gaya penceritaan penulis nampak smooth bila watak bercerita tentang backstory mereka tanpa perlu adegan imbas kembali.

Pace penceritaan yang normal. Sebab novel ini menggunakan POV1. Jadi, kita cuma tahu perasaan Aqilah saja.

Ada babak-babak yang penulis tulis, buat kita menjangkakan sesuatu tapi Aqilah tak perasan pun apa yang kita perasan. Haha.

Cerita ni lebih kepada idea driven dan character driven, dimana perjalanan cerita ditentukan dengan tindakan watak. Susunan dan perjalanan cerita nampak tersusun.



Watak:

Seperti yang dinyatakan di atas, novel ini menggunakan POV 1. Maksudnya, kita cuma tahu apa yang Aqilah tahu dan rasa dari sudut pandangan dia.

Watak utama dalam novel ini adalah Aqilah. Dia dari broken family. Bila dia tahu ayah dia kahwin lain, dia marah. Bila dia mula buka hati dia untuk menerima, baru dia terasa indahnya dunia itu bila hidup berlandaskan agama. Dia mula berubah.

Dia ada abang tiri nama Amsyar. Amsyar ni sangat protective. Mood dia sekejap okay, sekejap tidak. Amsyar ni ada kawan nama Zafril.

Zafril suka Aqilah walaupun dia dapat rasa Aqilah suka orang lain. Banyak kali Zafril tanya Aqilah kalau dalam hati Aqilah ada orang lain ke? Tapi Aqilah tetap kata dia sukakan Zafril. Sedih sebenarnya dengan kesudahan Zafril. Tapi itulah… I still root for Zafril.


Yang menarik:

1. Novel ini mengetengahkan isu tentang penghijrahan seseorang ke arah yang lebih baik. Novel ini membawa mesej yang berhijrah tu tak mudah. Pasti akan ada ujian.

Ujian demi ujian yang dihadapi Aqilah memang merapuhkan jiwa tapi berkat sokongan orang-orang sekeliling, Aqilah berjaya harungi kehidupannya.


2. Penulis turut berkongsikan cerita tentang srikandi Islam tanpa menjadikan novel ni seperti buku sirah. Antara kisah yang diangkat adalah kisah Zinnirah dan Al-Khansa' binti 'Amr RA.


3. Saya suka kisah rama-rama tu. Kisah ni mengajar kita, everything we do, they have their own time. Jangan dipaksa kalau belum masanya. Sebab, ia akan membawa kepada kesengsaraan.


Yang tidak menarik:
1. Kenapa akhirnya Aqilah setuju nak kahwin dengan Amsyar? Dia kahwin sebab apa? Sepanjang pembacaan, tak nampak pun yang Aqilah ni suka kat Amsyar. Nampak Amsyar je yang macam suka kat Aqilah. Tiba-tiba, Aqilah setuju nak kahwin. Why?

Tapi kalau perasaan Aqilah ke Zafril, kita boleh nampak perlakuan Aqilah yang prone to Zafril. Sebab tu macam pelik bila Aqilah setuju nak kahwin dengan Amsyar.


Saranan:
Novel ini konfliknya ringan. Bagus untuk bacaan santai. Plot dia pun tak berselirat. Senang nak faham sebab cuma menceritakan tentang penghijrahan seorang gadis bernama Aqilah.

Genre: Cinta dewasa, Islami, Kekeluargaan.


Untuk penulis:
Tak tahu nak komen apa sebab The Missing Puzzle best. Keep up the good work.


Pesanan:

Kalau berminat untuk dapatkan novel ini, boleh dapatkan melalui Penerbitan AHA. Okay, itu saja. Signing off untuk rekomendasi buku kali ini. Sehingga bertemu lagi, Let's Drop Everything and Start to Read.

KOMEN AND PENDAPAT PEMBACA 👇