peringatan

semua hasil penulisan di blog iamhananorisa.com adalah hak milik penulis kecuali dinyatakan sebaliknya.

semua karya iamhananorisa.com yang dipaparkan di blog ini adalah hak milik sepenuhnya Hana Norisa dan syarikat penerbitan. Karya-karya ini dilindungi di bawah Akta Hak Cipta Malaysia.

Hana Norisa dan syarikat penerbitan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba plagiat/copy paste/yang seumpama dengannya.


pihak iamhananorisa.com sentiasa berusaha untuk menghormati hak milik dan hak cipta orang lain, ini termasuk bahan-bahan seperti artikel, gambar, muzik, video atau bahan-bahan lain yang digunakan dalam artikel-artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai perkara ini, pihak anda boleh hubungi iamhananorisa.com.

[WRITING TIPS] Mengatasi Rintangan Penulis Dengan 5 Latihan Kreatif: Menyelak Tingkap Kreativiti Kalian Sebagai Penulis

TIPS PENULISAN

Hana Norisa

3 min read

Menulis tidak mudah kerana dunia penulisan akan sentiasa diiringi dengan perjuangan mencari idea yang segar serta mencipta karya yang berkualiti. Dan, cabaran biasa yang dihadapi para penulis adalah rintangan penulis atau lebih dikenali sebagai writer blocks dimana penulis kehilangan idea dan kreativiti mula menjadi terhad.

Jangan risau! Dalam artikel ini, kita akan meneroka cara untuk mengatasi rintangan penulis dengan menyuntik kreativiti baharu ke dalam proses penulisan rakan penulis semua.

Kalau kita pernah rasa ketandusan idea atau idea tersekat, jom bersama-sama kita menyelak tirai kreativiti kita dengan 5 latihan kreatif yang sangat mudah dilaksanakan. Apa latihan itu? Baca artikel ini sehingga habis. 

spring notebook
spring notebook

1. Buka Minda, Kertas Kosong

Mulakan dengan melepaskan segala tekanan dan buka minda kalian. Ambil sehelai kertas kosong dan mulakan menulis apa sahaja yang terlintas dalam fikiran kita.

Boleh jadi cerita pendek, atau sesuatu yang kita lihat pagi ini, atau mimpi semalam? Proses ini sedikit sebanyak akan membantu melepaskan tekanan dan merangsang idea yang tersimpan dalam fikiran kita.

2. Mencipta dialog antara watak

Buat dialog antara watak dalam cerita kalian. Biarkan watak-watak ini berinteraksi tanpa sebarang struktur plot.

Kadangkala, perbualan yang tidak dijangka boleh membuka pintu kepada perkembangan plot yang menarik. Suruh watak-watak ini bercakap, dan lihat ke mana cerita itu membawa kita.

a statue of a man in the middle of an office
a statue of a man in the middle of an office

3. Luaskan imaginasi melalui lukisan

Ambil sehelai kertas dan lakarkan sesuatu yang terlintas dalam fikiran kalian. Aktiviti ini tidak memerlukan kemahiran lukisan yang hebat kerana ia hanyalah mengenai gambaran kalian terhadap idea kalian.

Proses melukis atau melakar boleh merangsang kreativiti dan membantu kalian melihat cerita kalian dari perspektif yang berbeza.

white and pink rose bouquet
white and pink rose bouquet

4. Menyelami muzik dari genre berbeza

Dengar muzik daripada genre yang berbeza daripada pilihan biasa kita. Muzik mempunyai kuasa untuk mempengaruhi emosi dan perasaan. Kadangkala, mendengar melodi atau lirik yang tidak dikenali boleh membawa kepada penciptaan idea atau penyelesaian baharu kepada plot yang terhenti.

music score closeup photo
music score closeup photo
an hourglass sitting on top of a wooden table
an hourglass sitting on top of a wooden table

5. Keluarkan kreativiti dalam masa yang ditetapkan

Cabar diri dengan menetapkan had masa untuk menulis. Mungkin 15 atau 30 minit. Ini akan memaksa kita untuk fokus pada penulisan dan mengelakkan kekangan yang berpanjangan. Hasilnya mungkin lebih bebas dan spontan serta akan mewujudkan ruang untuk idea yang lebih kreatif.

Baiklah. Itu adalah 5 cadangan yang kalian boleh praktikkan untuk keluar dari rintangan penulis. Ada banyak lagi caranya cuma ini adalah cara yang saya rasa, sangat boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian. Semoga dengan latihan ini, akan membuka tingkap idea kepada kreativiti kalian dengan lebih lancar. 

Ingat, proses penulisan adalah perjalanan yang sentiasa berkembang, dan rintangan penulis hanyalah cabaran sementara. Mari teruskan meneroka dan menulis dengan bebas! Sebarang idea dan cadangan kreativiti selain dari yang di atas, kalian boleh kongsikan dengan Hana menerusi media sosial Hana ya. Juga boleh emailkan kepada Hana di hananorisa@gmail.com. 

Sehingga kita bertemu lagi di hantaran yang lain. Tata!! Jangan lupa subscribe blog post Hana untuk update terkini. 

KOMEN AND PENDAPAT PEMBACA 👇